Sistem Koordinat Cakerawala

Untuk entri yang ni kita cakap pasal sistem koordinat yang kat langit sana. Eh langit pun ada koordinat? Ingat bumi je ada. Ya, langit pun ada koordinat sebab kita pun ada peta langit untuk tau kedudukan bintang-bintang, sama je macam bumi yang ada koordinat dan peta bumi untuk tau kedudukan tempat-tempat kat bumi ni. Kalau dah tau cara nak ukur dan cari tempat guna koordinat bumi ni rasanya takde masalah kot nak faham koordinat langit macam mana. Lebih kurang je konsep asal dia, cuma ada beberapa perbezaan.

Kalau kat bumi, kita ada garis lintang (latitud) dan garis bujur (longitud). Latitud ni ikut nama dia garis lintang, adalah garis-garis yang melintang dari utara ke selatan. Bumi terbahagi kepada dua hemisfera, iaitu utara dan selatan, dipisahkan oleh garisan khatulistiwa iaitu dimana garisan latitud ialah 0°. Nak kasi nampak, cuba rujuk gambar kat bawah ni.

Latitud bumi. (Sumber: geolounge.com)

Macam mana dengan timur dan barat pulak? Ha, untuk tu kita ada garis bujur atau menegak (longitud) yang cover dari timur ke barat. Tapi timur ke barat ni rata je semua. Habis tu nak taruk mana 0 darjah tu? Jadi ada la sorang bijak pandai yang bernama Sir George Biddell Airy ni pergi taruk 0 darjah tu kat Royal Observatory, Greenwich. Oleh yang demikian, garisan yang kat 0 darjah tu dinamakan Prime Meridian. Prime Meridian ni la yang pisahkan antara timur dan barat. Tengok gambar dibawah untuk rujukan.

Longitud bumi.
(Sumber: geolounge.com)  

Dengan berbekalkan dua komponen koordinat ni, kita dapat tau mana kedudukan sesebuah tempat tu kat bumi. Sebagai contoh, katakanlah koordinat negara Malaysia iaitu 4.21° N, 101.97° E. Jika kita berjalan 4 darjah ke utara dan 101 darjah ke timur dari titik asal sudah pastinya kita akan sampai ke Malaysia. Begitu juga dengan tempat-tempat yang lain.

Continue reading Sistem Koordinat Cakerawala